Penghakiman Surau Imarah Tahun 2017 Peringkat Negeri Pulau Pinang

Program Surau Imarah Peringkat Negeri Pulau Pinang tahun 2017 telah dan sedang melalui fasa penghakiman di sekolah-sekolah seluruh negeri Pulau Pinang. Terima kasih kepada semua hakim yang hadir dalam penghakiman pada 21.7.2017 (Jumaat). Pihak sekolah telahpun membuat pelbagai persediaan bagi menjayakan program surau imarah ini sepanjang tahun. Guru, kakitangan sekolah, ibu bapa, pekerja am sekolah dan para pelajar telah memberi sepenuh kerjasama. Tenaga dan sumbangan ini amat bermakna kepada pihak sekolah. Budaya dan semangat kerjasama dapat diterap dan disemai secara tidak langsung melalui sumbangan idea, gotong royong, sumbangan kewangan dan pelbagai bentuk yang lain.

Majlis Perasmian Surau An-Najihin

Tanggal 17.7.2017 telah menjadi satu sejarah kepada surau An-Najihin SMK Seri Nibong. Pada hari ini telah disempurnakan perasmian surau ini oleh YB Dato' Mahmud b. Zakaria (Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh).

YB Dato' telah berpesan kepada semua pelajar SMK Seri Nibong agar dapat mengimarahkan lagi surau yang tersergam indah ini dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Surau ini bukan hanya boleh digunakan oleh sebahagian pelajar asrama sahaja kerana lokasinya berhampiran di asrama tetapi oleh semua pelajar Seri Nibong.

Pelbagai aktiviti yang bersesuaian dapat dilaksanakan bagi meningkatkan nilai tambah kepenggunaan sesebuah surau yang dibina dengan hasil sumbangan pelbagai pihak itu.


Setinggi ucapan tahniah kepada Dato', YDP PIBG- En. Shafie b. Kasim dan NYDP PIBG- En. Subramaniam yang turut sama dalam majlis tersebut.
























Pertandingan Surau Imarah Peringkat Daerah PPD Selatan 2017

Penghakiman dari PPD Selatan yang diketuai oleh Ustaz Abdul Rahim b. Othman (Penyelia Kanan Unit Pendidikan Islam Menengah) telah sudi datang untuk membuat penilaian pada 5 Julai 2017








Program Ihya' Ramadhan 1438H

Sepanjang Ramadhan 1438H pada kali ini, sekolah sempat meraikan hanya dalam tempoh 2 minggu sahaja. Ini kerana tempoh cuti pertengahan tahun yang lalu telah pun memasuki fasa Ramadhan selama 2 minggu.

Masa yang singkat ini juga sempat diaturkan beberapa aktiviti seperti tahun-tahun yang lalu bagi mengimarahkan Ramadhan al Mubarak kali ini.


Antara aktiviti yang telah dijalankan seperti tadarus Al-Quran di Surau dan di Dataran Perhimpunan pada setiap awal pagi. Gotong royong kebersihan di kawasan surau, Majlis Khatam Al-Quran dan Ambang Aidilfitri dengan sumbangan bantuan duit raya kepada semua pelajar dan bantuan pelajar yatim.