Gotong Royong Perdana

Pada 10 Mei 2017 telah diadakan Gotong Royong Perdana bersempena dengan sambutan Hari Guru 2017.
Pihak sekolah telah merancang satu gotong royong di persekitaran surau asrama SMK Seri Nibong sebagai tempat utama pada kali ini. Semua guru yang tidak terlibat dengan aktiviti luar sekolah hadir dalam membantu kelancaran program ini sempena dengan cuti  Hari Wesak.
Semua warga asrama juga dilibatkan bagi membersihkan kawasan persekitaran tersebut.











Ceramah Israk Mikraj 2017

Bersempena bulan israk dan mikraj 1438, satu program ceramah Israk Mikraj telah diadakan di surau sekolah pada 28 April 2017.
Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Uzair b. Abdul Hani seorang penceramah bebas.




















================================================









Pengenalan Surau Imarah SMKSN

Surau di sekolah telah didifinisikan oleh Kementerian Pendidikan (1989) sebagai tempat melaksanakan ibadat solat dan menjalankan kegiatan amali pendidikan Islam untuk menanamkan semangat mencintai agama dan menghayati ajaran Islam serta ruh persaudaraan Islam di kalangan guru‐guru dan murid‐murid Islam. Namun begitu, dalam tahun 1998, Kementerian Pendidikan telah memberikan difinisi surau yang lebih terperinci. Dalam difinisi yang diberikan adalah , “surau ialah satu bangunan yang terpisah daripada bilik darjah dan terletak dalam kawasan sekolah, digunakan untuk solat dan kegiatan pendidikan Islam oleh seluruh warga sekolah. Perbezaan dengan musolla pula adalah pada aspek pembinaan bangunan di mana didifinisikan sebagai bilik solat yang dibina bersambung dengan bangunan sekolah”. Justeru dapat difahami bahawa surau adalah bangunan tersendiri yang terpisah dengan bangunan sekolah dan digunakan guru‐guru dan murid‐murid untuk tujuan ibadah, pelaksanaan dan aktiviti‐aktiviti pendidikan Islam di sekolah.